nuffnang punye iklan je!!

Wednesday, February 22, 2012

Kerana hari ini....22hb Februari 2012

Kawanku...
Terima kasih kerana sudi membacanya. Seterusnya kamu hanya perlu pinjamkan mata dan hati menatap tulisan ini. Duduk dengan tenteram dan pandang dengan tenang. Tak perlu berlari ke padang atau mereda hutan. Mudah bukan?
Kamu mampu berubah! Semua org mampu berubah menjadi lebih baik. Pecayalah, tidak tumbuh, tidak akan melata,tidak sungguh, orang, tidak berkata. jadi apa yg saya kata itu benar.
Apakah azam kamu pada tahun ini?azam baru mmg penting. Hasrat dan keinginan yg di pupuk dan semai dengan baik mampu menjadi pendorong bagi mencapai cita-cita. Malah ramai org yg mampu berubah menjadi baik tidak meneruskan niatnya disebabkan rasa tidak yakin.
Perlu diingat, setiap azam hanya sia-sia tanpa ikhtiar dan usaha. setiap cita-cita akan tersadai sepi apabila tiada perancangan dan perjuangan bg menggapainya.

JANGAN TIDUR SIANG! BANGUN! BANGUN! BERHENTI DAN BERMAIN ILUSI!

Ramai org hanya menyimpan hasrat dalam jiwa tanpa melangkah kearahnya. Ramai orang mematikan hasrat dihati kerana merasakan tidak berdaya menggapainya. Paling malang ada orang beranggapan dia tidak akan dapat mencapai azam dan cita-citanya.
Dia beranggapan semua azam itu ibarat angan-angan dan mimpi siang. Sekadar teman dikala tidurdan rekreasi minda pada waktu dia kesepian. Ini kerana dia meletakkan sempadan kemmpuan dirinya mengikutr kadar-kadar tertentu. Jangan begitu! Pecahkan batasan dalam diri sendiri.


     "Menulis memang senang. Minta org berubah dan jadi baik. Sekadar cakap dan tulis, semua orang boleh. Cuba buat sendiri. Ingat senangkah? Apabila membesar seperti aku, agak-agak senang menjadi manusia baik?"


     "Orang seperti aku mmg ditakdirkan menjadi budak nakal." 


Kawanku..
Sebelum kita bergerak dan berikhtiar, kita perlu membuang batasan yang ada dalam fikiran kita. Semua orang pasti akan membataskan kemampuan diri. Benar, pepatah Melayu  'Ukurlah baju pada badan sendiri' supaya kita tidak bercakap besar. Ada juga pepatah melayu menyebut, 'Tilik dahulu muka sndiri di cermin' bagi mengelakkan kita perasan diri sendiri terlalu sempurna. Orang yg sedar batasan sendiri barulah tidak dianggap 'Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.
Kita perlu membuang 'batas' yg wujud dalam minda kita.  'Batas ini adalah halangan pertama yg akan menyekat kita daripada berusaha. Ramai orang apabila ditanya, mengapa tidak mahu belajar? Mereka menjawab, sekiranya belajar pun, dia tetap tidak pandai. Begitu juga remaja yang bermasalah, apabila ditanya mengapa tidak mahu berubah dan mereka menjawab, mereka sudah ditakdirkan menjadi jahat. Semua ini adalah di sebabkan minda mereka sudah meletakkan 'batas' pada diri sendiri. Mereka mengatakan sampai bila-bila pun mereka tidak akan berubah menjadi baik.

Kawanku...
Sekiranya benar kamu mahu berubah menjadi lebih baik, kamu hanya perlu bertanya pada diri sendiri, "Apakah yang perlu aku lakukan sekarang?" Ya, sekarang. Bukan esokataupun lusa. Kamu perlu tahu apakah langkah pertama dan seterusnya bagi membuat perubahan mulai sekarang. kamu perlu tahu apakah yang baik dan buruk.
Jangan berhenti walaupun kamu gagal beberapa kali. Jangan berputus asa biarpun kamu jatuh berkali-kali. Kerana suatu masa, akan sampai ketikanya kejayaan muncul tanpa sempat kamu menduganya.


P/S: Renungan untuk sahabat2ku dan diriku juga~
=) 

                          

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...